PENGENALAN
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi semua penghuni di alam ini.Contohnya binatang, fauna dan flora.
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.
Selaras dengan seruan ini,maka SMK Jelutong mengambil cabaran ini untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari. Sekolah Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,kokurikulum dan penghijauan. Sekolah Lestari juga dapat di definisikan sebagai Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Objektif Sekolah Lestari ini adalah untuk memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.Selain daripada itu juga, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar sekolah sememangnya perlu peka terhadap perkembangan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan alam sekitar.Objektif seterusnya pula, adalah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.Melalui sekolah lestari ini ia dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
LATAR BELAKANG
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,kokurikulum dan penghijauan.
KONSEP
A. Interaksi dengan Pelbagai Pihak – Komuniti Setempat
(PIBG, GO, NGO,PBT, Swasta)
B. Payung kepada Aktiviti Alam Sekitar
(Riadah Alam Sekitar, Wira Alam, Eco-Youth, 3K dll)
DEFINISI
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
OBJEKTIF
1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan.
4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam
menjayakan pendidikan alam sekitar.
5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
1. PENGURUSAN
2. KURIKULUM
3. KOKURIKULUM
4. PENGHIJAUAN