LAPORAN PROJEK KOKURIKULUM

Pengenalan
Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut:
(a) unit beruniform;
(b) kelab / persatuan; dan
(c) sukan / permainan.
Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk meningkatkan amalan hidup lestari.

Peranan
(a)  Melaksanakan aktiviti pendidikan yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek kokurikulum dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
(b) Melibatkan unit berpakaian seragam/kelab/persatuan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan alam sekitar.
(c)  Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pameran Alam Sekitar atau Program Khas Sambutan Hari Bumi
(d)  Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau(Desathon), Enviro-Hike, Enviro-Walk dan lain-lain yang berkaitan.
(e)  Mengadakan Program Kitar Semula


 PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR

Nama Projek                  
Aktiviti dan Projek Penghijauan oleh Kelab dan Persatuan

Pengenalan Projek
Unit berpakaian seragam, kelab dan persatuan pelajar diberikan peranan dalam mewujudkan dan menyelenggara taman-taman mesra alam seperti Taman Kelab Alam Sekitar(KAS), Taman Kemahiran Hidup, Taman Koperasi, Taman Persatuan Sains & Matematik, Taman Persatuan Agama Islam dan Taman Kokurikulum.
Program ini khas dilaksanakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Matlamat Projek
SMK Jelutong menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra alam dan bebas daripada pencemaran.

Objektif Projek               
(a)   Memupuk nilai murni ‛cintai alam sekitar’ pada kalangan warga sekolah.
(b)   Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
      pemuliharaan alam sekitar.
(c)   Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
(d)   Meningkatkan kerjasama antara unit berpakaian seragam kelab dan persatuan dalam
      menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah.
(e)   Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang \
      mempraktikkan amalan hidup lestari.

Faedah
Kewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman KAS, Taman Kemahiran Hidup, Taman Koperasi, Taman Persatuan Sains & Matematik, Taman Persatuan Agama Islam dan Taman Kokurikulum telah menjadikan persekitaran SMK Jelutong lebih cantik dan bebas daripada kekotoran.  Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman tersebut telah berjaya memupuk nilai murni ‘cintai alam sekitar’, menggalakkan kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa melaksanakan aktiviti mesra alam.

Pelaksana          
Guru penasihat dan AJK pelajar unit berpakaian seragam, kelab dan persatuan.

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Projek
Tempoh / Tarikh
Kos (RM)
Pelaksana
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek
Taman Kelab Alam sekitar (KAS)
Sepanjang Tahun
290.00
Guru Penasihat dan AJK Kelab Alam Sekitar
Sebanyak 9 kali penyelenggara taman telah dijalankan pada bulan Januari sehingga bulan Jun.
Taman Kemahiran Hidup
Sepanjang Tahun
120.00
Guru Penasihat dan AJK Persatuan Kemahiran Hidup
a.    Aktiviti diuruskan oleh Panitia Kemahiran Hidup dan Persatuan Kemahiran Hidup. Panitia Kemahiran Hidup biasanya akan menguruskan taman KH selama 2 minggu dalam setahun kerana berkaitan dengan P&P. Masa lain akan diuruskan oleh ahli persatuan KH.
b.    Flea market
c.    Mereka cipta dengan menggunakan bahan kitar semula.
Taman Koperasi
Sepanjang Tahun
100.00
Guru Penasihat dan AJK kelab Koperasi
a.    menyiram pokok sepanjang tahun.
b.    meceriakan Taman Koperasi sepanjang tahun.
c.    bergotong-royong untuk mengutip sampah sekitar
d.    Taman Koperasi membubuh baja.
Taman Persatuan Sains & Matematik
Sepanjang Tahun
50.00

Guru Penasihat dan AJK Persatuan Sains & Matematik
a.    Menanam pokok Yellow Palm.
b.    Manandakan Tanaman Sains.
c.    Memasang papan Nama Pokok.
d.    Membaja dan mengemaskan Taman.
Taman Persatuan  Agama Islam
Sepanjang Tahun
100.00
Guru Penasihat dan AJK kelab dan persatuan
Pembinaan Taman Herba.
Penanaman pokok – pokok herba.
Merumput dan menghijaukan kawasan taman.
Gotong – royong dan pembersihan  kawasan.
Taman Kokurikulum (Semua unit  Beruniform)
mulai Sept 2011
Sepanjang tahun
200.00
Guru Penasihat dan AJK kelab dan persatuan
a.    Sedang dalam perancangan.
b.    Akan dilaksanakan pada bulan September.
c.    Anak pokok akan disumbang oleh kelab KAS.
d.    Semua Unit Beruniform akan bergilir-gilir untuk menjaga Taman Kokurikulum tersebut.

 Masalah/kekangan yang dihadapi     : Tiada

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat
Dijalankan sepanjang tahun.

Perancangan seterusnya   
Semua taman akan dipantau sepanjang tahun.






PROJEK KESEDARAN KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM
SEKITAR

Nama Projek     
Projek Kesedaran Mengenai Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Pengenalan Projek       
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan
tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya
meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya
mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Antara aktiviti yang
dianjurkan di bawah program ini adalah Larian-Hijau(Desathon), Eviro-Hike, Program Kitar
Semula, pameran geografi(3R) dan Sambutan Hari Alam Sekitar.

Matlamat Projek            
SMK Jelutong menjadi sebuah sekolah yang aktif dalam program lestari atau amalan lestari
hidup.

Objektif Projek         
(a)  Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
(b)  Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
(c)  Meningkatkan kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
(d)  Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Faedah                           
Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih mendalam mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti Konsep 3R, Program Kitar
Semula, Hari Bumi, ’Earth Hour’, Pemanasan Global dan isu semasa alam sekitar yang lain.
Pelajar-pelajar terlibat dalam amalan lestari hidup seperti penjimatan pengunaan air dan
tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang
tidak berguna.

Pelaksana                      
PIBG SMK Jelutong, PKBP SMK Jelutong, Kelab Alam Sekitar, Panitia Geografi dan AJK
Sekolah Lestari

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek         

Projek
Tempoh / Tarikh
Kos (RM)
Pelaksana
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek
Desathon
5 Mac 2011
930.00
SMK Jelutong & PIBG
      mengumpul sisa-sisa bahan buangan seperti tin, botol plastik, kertas dan lain-lain.
Eviro-hike
26 Mac 2011
300.00
Kelab Alam Sekitar, SMK Jelutong
a.    Jungle treking untuk mendapatkan nilai perubatan tumbuhan.
b.   Aktiviti kumpulan buat mesej alam sekitar dengan menggunakan surat khabar lama.
Program Kitar Semula
Setiap Bulan        ( Sepanjang Tahun)
-
PKBP, SMK Jelutong
a.   Menyediakan tong sampah kitar semula.
      b.    Memungut bahan buangan seperti kertas, botol, tin dan kaca.
Pameran Geografi (Konsep 3R)
13 Jun 2011 sehingga             1 Julai 2011
-
Panitia Geografi dan PSS SMK Jelutong
a.    Memperkenalkan buku-buku yang berkaitan dengan alam sekitar kepada pelajar.
b.   Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui   bahan-bahan yang perlu dikurang guna, dikitar  semula dan diguna semula.
Sambutan Hari Alam Sekitar
Julai – Oktober 2011
-
AJK Program Lestari

a.    Bulan Sains dan Teknologi.
b.    Hari Antarabangsa untuk Orang Asli.
c.    Hari Pembersihan Sedunia.
d.    Hari Ozon Antarabangsa.
e.    Hari Habitat Sedunia.
f.     Hari Antarabangsa untuk Membasmi Kemiskinan.
g.    Minggu Alam Sekitar Malaysia.
   (Penerangan ringkas mengenai tema setiap bulan )
Gotong-Royong Perdana
Menunggu keputusan pihak pengurusan
-
SMK Jelutong
a.    Masih dalam proses perancangan.
b.    Melibatkan semua warga sekolah
c.    Membersihkan kawasan sekolah seperti bilik guru dan taman-taman sekolah
d.    Mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna seperti kertas-kertas bilik guru.

Pencapaian        : Tiada
Masalah/kekangan yang dihadapi       : Tiada

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat:
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa komponen kokurikulum Sekolah Lestari untuk 
membuat perancangan tahun depan.

Perancangan seterusnya              
Mengikut pelan induk Sekolah Lestari jawatankuasa pelaksanaan Sekolah Lestari  di bawah
Program Rakan Alam Sekitar.

Projek Kesedaran Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

1.    Larian Hijau(Desathon) - Mengumpul sisa-sisa bahan buangan seperti tin, botol plastik, kertas dan lain-lain.


2. Enviro-hike anjuran Kelab Alam Sekitar SMK Jelutong




3. Program Kitar Semula anjuran PKBP SMK Jelutong
       

4.    Pameran Geografi anjuran Panitia Geografi dan Pusat Sumber Sekolah SMK Jelutong




PEMBANGUNAN SEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR

Nama Projek                : PEMBANGUNAN SEBARAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR
Pengenalan Projek      
Sebaran maklumat alam sekitar agak penting untuk memupuk nilai murni mencintai alam
sekitar, menggalakkan amalan lestari hidup dan meningkatkan kesedaran di kalangan warga
sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pembangunan
sebaran maklumat alam sekitar  meliputi empat bahagian iaitu sebaran melalui papan
kenyataan kelas, papan kenyataan Kelab Alam Sekitar,  papan kenyataan lestari sekolah,
bahan sebaran maklumat di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan sekolah dan blog lestari
sekolah.

Matlamat Projek
SMK Jelutong menjadi satu medium sebaran maklumat yang berkesan mengenai
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan juga amalan lestari. Pusat sumber sekolah
dijadikan sebagai salah satu pusat pembelajaran alam sekitar di sekolah.

Objektif Projek
(a)  Mengenalpasti inisiatif pusat sumber sekolah sebagai pusat rujukan.
(b)  Mendedahkan kegunaan bahan dalam pusat sumber sekolah sebagai salah satu sumber kesedaran terhadap alam sekitar
(c)  Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu alam sekitar.
(d)  Menyebar dan memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah.
(e)  Melahirkan modal insan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Faedah
Semua warga sekolah akan didedahkan pengetahuan secara lebih mendalam mengenai
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti Konsep 3R, Program Kitar
Semula, Sambutan bertema Alam Sekitar, dan isu-isu semasa alam sekitar. Pelajar-pelajar
terlibat dalam sebaran maklumat amalan lestari hidup seperti penjimatan pengunaan air dan
tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang
tidak berguna.

Pelaksana
Pusat Sumber Sekolah, Kelab Alam Sekitar, Panitia Moral,  AJK Sekolah Lestari, dan Pelajar
di setiap kelas.

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek    

Sudut Maklumat
Tempoh / Tarikh
Kos (RM)
Pelaksana
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek
Sudut Lestari di Papan Kenyataan Kelas
11 Julai 2011
Setiap Bulan (Sepanjang tahun)
100
Norma bt Abd Wahab
a.    Sudut Lestari dijadikan salah satu kategori dalam permarkahan pertandingan keceriaan kelas setiap bulan
b.    Borang permarkahan sudut lestari telah disediakan
c.    Pengumuman dan taklimat telah diberikan kepada semua pelajar semasa perhimpunan sekolah
d.    Setiap kelas wajib membuat sudut lestari di papan kenyataan kelas masing-masing
Papan Kenyataan Sekolah Lestari (Kelab Alam Sekitar)
Setiap Bulan

-
Guru Penasihat dan AJK Kelab Alam Sekitar
Telah dikemaskinikan sebanyak 5 kali pada bulan Januari sehingga bulan Jun oleh Kelab Alam Sekitar
Pameran ‘Earth Day’ di Pusat Sumber Sekolah(PSS)
18 April 2011 sehingga          25 April 2011
-
PSS dan Panitia Moral SMK Jelutong
a.    Memperkenalkan konsep Hari Bumi, kepentingan dan kecantikan bumi.
b.    Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui cara-cara penjagaan alam sekitar.
c.    Pameran mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar.
Bahan rujukan tentang alam sekitar di perpustakaan (sudut lestari sekolah)
Mulai Jun 2011
-
PSS SMK Jelutong
Pelbagai majalah dan buku sekolah lestari dipamerkan sebagai bahan bacaan pelajar seperti Majalah Era-Hijau.
Blog Sekolah lestari
-
-
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jelutong
M  masih dalam perancangan

Pencapaian     : Tidak berkenaan
Masalah/kekangan yang dihadapi     : Tiada

Tindakan selanjutnya  : Semua aktiviti akan dipantau sepanjang tahun.

Perancangan seterusnya 
Dijadikan aktiviti kekal sepanjang hari  persekolahan pada setiap tahun.

1.    Sudut Lestari di Papan Kenyataan Kelas


2. Papan Kenyataan Sekolah Lestari (Papan Notis Kelab Alam Sekitar)


3     Pameran Hari Bumi di Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah SMK Jelutong


4.Bahan Rujukan tentang Alam Sekitar di Perpustakaan (Sudut Lestari Sekolah)



JARINGAN ANTARA KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH

Nama Projek                
Khidmat Masyarakat - Gotong-royong di Taman Botani dan Rumah Orang Tua

Pengenalan Projek
Kerjasama antara kelab dan persatuan sekolah digalakkan untuk melaksanakan aktiviti-
aktiviti membersihkan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan kesedaran di kalangan
warga sekolah mengenai alam sekitar.

Matlamat Projek
Kerjasama atau jaringan erat sekolah dan masyarakat menjadi satu budaya dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bertema pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar serta amalan lestari hidup.

Objektif Projek
(a)  Mewujudkan hubungan erat antara kelab dan persatuan dalam pelaksanaan aktiviti lestari untuk mencapai matlamat sekolah.
(b)  Mempermudahkan proses pelaksanaan projek dengan melibatkan lebih tenaga dan pertukaran idea.

Faedah                
Semua warga sekolah dapat bersama-sama menganjurkan sesuatu aktiviti lestari dengan
lebih berkesan.

Pelaksana
Guru penasihat, Ahli Pandu Puteri, Kelab LEO dan Kelab Koperasi.

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek 
<>   <><>   <><>   <><>   <><>   <><>   <><>  <><>   <><>  <> <>      <>  <><>   <><>   <><>   <><>   <><> <>

Aktiviti

Tempoh / Tarikh

Kos (RM)

Pelaksana

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek


Khidmat Masyarakat (Gotong-royong di Taman Botani)

Januari 2011

-

Guru penasihat, Ahli Pandu Puteri, Kelab Leo dan Kelab Koperasi

Telah berjaya membersihkan kawasan Taman Botani tanpa bermasalah dari segi pelaksanaan.

Khidmat Masyarakat (Gotong –royong di rumah orang tua)

16 April 2011

200.00

Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kelab Rukun Negara

Wujudkan hubungan erat antara sekolah dengan pihak rumah orang tua sebab aktiviti tersebut telah dijalankan beberapa tahun.


 
Pencapaian          
Objektif tercapai dan mendapat sambutan yang baik di kalangan guru dan pelajar.

Masalah/kekangan yang dihadapi  : Tiada
Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat   : Tiada
Perancangan seterusnya    : Projek diulangkan pada tahun depan.

1. Gotong-royong di rumah orang tua        



PEMBANGUNAN KEUPAYAAN

Nama Projek                   : Pembangunan Keupayaan

Pengenalan Projek      
Selain mendedahkan warga sekolah pada pengetahuan dan kesedaran mengenai \
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, program kitar semula dan amalan
lestari hidup lain, salah satu peranan kita adalah melibatkan pelajar dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti bertemakan alam sekitar seperti lawatan sambil belajar, perkhemahan, khidmat
sekolah, gotong-royong dan pertandingan buku skrap.
Aktiviti-aktiviti seperti lawatan sambil belajar, perkhemahan dan gotong-royong merupakan
aktiviti kokurikulum yang dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang alam
semula jadi yang terdapat sama ada dalam atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga
dapat melatih pelajar dalam melaksanakan kerja berunsur kemahiran tentang penjagaan dan
penggunaan alam sekitar.

Matlamat Projek            
Melahirkan modal insan yang berupaya, bertanggungjawab, berinovatif dan bertindak
dengan cergas dalam pelaksanaan  aktiviti mesra alam dan seterusnya mempraktikkan
amalan lestari hidup secara berkesan.

Objektif Projek               
(a)  Memupuk semangat mencintai tanah air atau tempat alam sekitar Malaysia di kalangan warga sekolah.
(b)  Mewujudkan persekitaran sekolah sentiasa  berada dalam keadaan bersih.
(c)  Meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.
(d)  Mewujudkan rasa tanggungjawab  dan kepimpinan kepada setiap pelajar dalam melaksanakan kerja pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
(e)  Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang komponen alam semula jadi yang terdapat sama ada dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah.
(f)   Meningkatkan pengetahuan tentang alam sekitar dan kemahiran tentang penjagaan dan penggunaan alam sekitar.

Faedah                           
(a)  Persekitaran sekolah menjadi lebih bersih dan bebas daripada kekotoran.
(b)  Para pelajar yang terlibat menjadi bertanggungjawab dan berupaya dalam pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang seterusnya.
(c)  Pelajar mendapat lebih pengetahuan dan kemahiran tentang penjagaan dan penggunaan alam sekitar.
(d)  Para guru mendapat lebih pengetahuan dan idea dalam perancangan dan pelaksanaan projek yang bertema alam sekitar dan amalan lestari hidup demi kebaikan bersama.    

Pelaksana                         
Unit-unit Kokurikulum, Panitia Matapelajaran, PSS SMK Jelutong     

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek        

Projek
Tempoh / Tarikh
Kos (RM)
Pelaksana
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek
Lawatan ke Gua Tempurung
16 April 2011 (Sehari)
1720.00
Panitia Pendidikan Seni Visual, Persatuan Pendidikan Seni dan Kelab Koperasi
a.    Semua peserta bekerjasama menjayakan lawatan kali ini, mereka saling membantu dan bertoleransi semasa dalam lawatan ke gua.
b.    Semua peserta dapat menghayati kecantikan Gua Tempurung dan mendapat lebih pengetahuan tentang alam sekitar.
Lawatan sambil belajar ke Pusat Kokurikulum, Pulau Pangkor
3 Jun 2011-           5 Jun 2011         (3 Hari)
1600.00
Panitia PJPK, Panitia Pendidikan Moral, Panitia Perdagangan, Panitia Prinsip Akaun, Pusat Sumber Sekolah, Kelab Pengguna dan Kelab Rukun Negara
a.    Guru dan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti lawatan seperti melawat tempat pemeliharaan telur penyu, mendirikan khemah, menjelajah hutan, memasak di tepi pantai, berenang dan mengembara kawasan-kawasan semula jadi di Pangkor.
b.    Guru dan pelajar lebih mengenali flora dan fauna yang wujud di pulau pangkor.
Khidmat Sekolah (Gotong –royong di sekitar sekolah)
30 April 2011 (Sehari)
-
Panitia Pendidikan Moral
a.    Kawasan sekolah dibersihkan dengan baik tanpa masalah dari segi pelaksanaan.
b.    Semua AJK pelajar adalah bertanggungjaw- ab dan berkomitmen dalam menjalankan tugas.
Mendaki bukit di Hutan Lipur Teluk Bahang, P.Pinang
26 Mac 2011
70.00
Guru Penasihat dan AJK Pasukan Pengakap
a.    Para Peserta didedahlan tentang flora dan fauna yang wujud di hutan.
b.    Para peserta mendapat lebih pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alam sekitar secara berfaedah.
c.    Tiada masalah dari segi pelaksanaan.
Perkhemahan Pasukan Pengakap
30 April 2011-               1 Mei 2011
128.00
Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa Pasukan Pengakap
a.    Para Peserta didedahlan tentang pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alam sekitar seperti mendirikan khemah, memasak dan aktiviti kecergasan lain di sekitar sekolah.
b.    Tiada masalah dari pelaksanaan.
Pertandingan reka-cipta menggunakan bahan kitar semula jadi (Perkhemahan RIMUP Kokurikulum)
28 Mei 2011
-
Guru  penasihat    dan AJK         
Pelajar Perkhemahan RIMUP
     kumpulan  Perkhemahan      menghasilkan satu  
     produk demenggunakan
     bahan kitar semula  
     seperti botol plastik
     kertas, suratkhabar,dan 
     sesebagainya.
Kembara Harta Karum (Perkhemahan RIMUP Kokurikulum)
28 Mei 2011
16.45
Guru Penasihat dan AJK Pelajar Perkhemahan RIMUP
a.   Para peserta mencari bahan kitar semula seperti botolair, aluminum dan surat khabar disekitar sekolah sebagai syarat pertandingan permainan.
b.    Selepas aktiviti, bahan-bahan kitar semula yang dikumpulkan itu digunakan semula dalam perhiasan khemah rumah sukan.
LDP
24 Sept 2011
4000.
PPenolong Kanan Kokurikulum
   Masih dalam per-rancangan

Pertandingan
Buku Srap

    October 2011    (selepas PMR)
50
A  JK Sekolah Lestari
M Masih dalam perancangan dan kertas cadangan projek telah disediakan.

Pencapaian          
Objektif tercapai dan semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan sekolah.

Masalah/kekangan yang dihadapi     : Tiada

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat
Mengkaji semula dan membuat refleksi terhadap pelan tindakan komponen kokurikulum
semasa dalam mesyuarat.

Perancangan seterusnya       
Mengikut pelan induk sekolah lestari jawatankuasa pelaksanaan Sekolah Lestari  di bawah
program rakan alam sekitar

1.    Lawatan ke Gua Tempurung  





2.    Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Kokurikulum, Pulau Pangkor