JAWATANKUASA


TINDAKAN PENYELARAS DAN AJK
1.  Menhadiri mesyuarat jawatankuasa induk sekolah lestari dan mendengar taklimat pelaksanaan
     pelan induk sekolah sekolah lestari.
2.  Meneliti strategi dan pelan tindakan pelaksanaan yang digariskan dalam pelan induk sekolah
     lestari.
3.  Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecil dalam masa seminggu dari tarikh mesyuarat
     jawatankuasa induk sekolah lestari.
4.  Menyediakan pelan tindakan untuik komponen masing-masing berdasrkan aktiviti yang 
     disenaraikan. Sila cadangkan perubahan/penambahan/penambahbaikan terhadap aktiviti yang
     disenaraikan. Diharapkan semua aktiviti yang disenaraikan dalam strategi dan pelan tindakan
     dapat dilaksanakan.
5.  Menyediakan carta gantt yang terperinci pelaksanaan setiap aktiviti.
6.  Sekiranya aktiviti bertindih dengan komponen lain atau sekiranya perlukan kerjasama
     jawatankuasa kecil lain, penyelaras diminta berbincang tentang tarikh dan mekanisme
     pelaksanaan aktiviti tersebut.

Contoh  1.  Jawatankuasa kecil dari komponen pengurusan yang bertanggungjawab menyediakan  risalah boleh mendapatkan maklumat daripada jawatankuasa kecil komponen lain seperti penghijauan dan kokurikulum untuk sumbangan maklumat dan artikel.
Contoh  2.  Jawatankuasa kecil dari komponen kokurikulum yang bertanggungjawab menganjurkan pertandingan kitar semula boleh berurusan dengan komponen pengurusan berkenaan hadiah.
7.    Setiap jawatankuasa kecil harus menyediakan minit mesyuarat dan serahkan satu salinan kepada setiausaha dalam tempoh 1 minggu dari tarikh mesyuarat.
8.    Semua penyelaras diminta menyelaraskan semua aktiviti yang akan diadakan agar tiada pertembungan tetapi ada kesinambungan seperti yang dinyatakan dalam contoh.
9.    Serahkan pelan bertindak dan carta gantt kepada setiausaha selepas penyelarasan.
10. Semua pelan bertindak dan carta gantt serta perbelanjaan dan peruntukan akan        dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk ke 2.
Rangka Pelan Tindakan (sediakan dalam bentuk landscape)

Komponen :
Penunjuk boleh ukur
Aktiviti
Tempoh/Tarikh
Kos
Pelaksana