LAPORAN PROJEK PENGHIJAUAN

1. PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK

Nama Projek:             Penjimatan Tenaga Elektrik

Matlamat Projek:      
i     Wujudkan semangat mencintai alam sekitar  di kalangan murid SMK Jelutong
ii    Mewujudkan kesedaran kepentingan ‘Go Green’  di kalangan murid SMK Jelutong
iii   Mewujudkan kesedaran semua warga sekolah menjimat tenaga elektrik.
Iv   Memberi kesedaran kepada pelajar cara menjimatkan elektrik sekolah

Faedah: Jimat perbelanjaan untuk bil elektrik sekolah.

Pelaksana: Pihak pentadbir, pekerja swasta, Pn Ang Lean Sin dan murid sekolah.

Tarikh Pelaksanaan: Sepanjang tahun

Perbelanjaan:  Belum diketahui.

Status kemajuan pelaksanaan projek : 

  • Pemasangan sel suria tidak dapat dilaksanakan disebabkan kos yang amat tinggi.
  • Lampu tiub yang akan diganti dengan lampu LED dalam proses oleh pihak pentadbir.
  • Ceramah jimat tenaga elektrik telah dijalankan pada bulan Ogos. Pelajar Muhammad Ambia dari 4 Sains telah memberi suatu ceramah pendek dalam perhimpunan pagi pada 8hb Ogos 2011 berkenaan kepentingan penjimatan elektrik dan air, dan juga cara-cara jimat air dan elektrik.
  • Lawatan ke TNB telah dilaksanakan oleh Panitia Sains pada 22hb April 2011.
  • Risalah tentang kepentingan penjimatan elektrik telah ditampal pada papan kenyataan setiap kelas untuk meningkatkan kesedaran semua warga.


    Jadual bayaran bil elektrik dari bulan Feb hingga bulan Julai dibanding,

    Bulan
    Bayaran
    Catatan
    Feb
    3465.41
    Cuti tahun baru cina (01/02 – 06/02)
    Mac
    3838.20
    Cuti sekolah (12/03 – 20/03)
    Apr
    4256.63

    Mei
    3932.29
    Cuti (28/05 – 31/05)
    Jun
    3535.03
    Cuti (01/06 – 12/06)
    Jul
    4350.31


    Sebenarnya, kalau kita bandingkan bil elektrik Mei dan Jun, walaupun cuti bulan Jun lebih banyak hari daripada Mei, tetapi bil elektrik adalah lebih murah, ini menunjukkan penurunan penggunaan elektrik.

    Jadual untuk pemantauan pengawas bertugas ke atas suis yang lupa di tutup telah disediakan oleh ketua pengawas sekolah. Pengawas bertugas akan memantau suis-suis contohnya lampu koridor, tandas atau lampu lain yang tidak ditutup. Mereka akan bantu dalam usaha penjimatan elektrik.

    Jadual  Pemeriksaan  Berkala   Di  SMK Jelutong  Untuk  Program  Penjimatan  Penggunaan  Elektrik

      Blok
    Mingggu
    Blok A & Makmal Sains
    Kantin
    Blok C
    Blok E & Astaka
    Blok F
    Minggu 1
    Kumpulan 2
    Kumpulan 1
    Kumpulan 4
    Kumpulan 5
    Kumpulan 3
    Minggu 2
    Kumpulan 1
    Kumpulan 2
    Kumpulan 5
    Kumpulan 3
    Kumpulan 4
    Minggu 3
    Kumpulan 4
    Kumpulan 3
    Kumpulan 1
    Kumpulan 2
    Kumpulan 5
    Minggu 4
    Kumpulan 5
    Kumpulan 4
    Kumpulan 3
    Kumpulan 1
    Kumpulan 2
    Minggu 5
    Kumpulan 3
    Kumpulan 5
    Kumpulan 2
    Kumpulan 4
    Kumpulan 1


    Kumpulan 1
    Ng Ham Loon                                              
    Rykesh A/L Rajendran                              
    Fathima Nazreen Binti Osman Ali              
    Nur Farveen Binti Leakat Ali                    
    Lim Chia Shing                                         
    Muhd Syazwan Bin Mokhsin                   
    Valentinao Eric Alfred                                
    Siti Nor Azlin Binti Mohd Kherey             
    Nur Hafizah Binti Hameed Mydin            

    Kumpulan 2
    Nur Shamimi Binti Mohd Lazim                  
    George Lee Kean Yang                             
    Murugasen A/L Muniandy                        
    Thinesh A/L Govindarajan                        
    Fadzilah Binti Mubarak Ali                        
    Nur Nadirah Binti Abdul Halip                 
    Nur Syamsina Binti Zubir                         
    Goh Kah Sien                                          
    Muhd Wafri Farhani Bin Serif                  
    Himah Ranjhani A/P Ellangoran             

    Kumpulan 3
    Siti Noorashikin Binti Muhd Izzat                        
    Menaga A/P Karrupiah                              
    Aizzat Fathimah Binti Mydin                     
    Roland Tan Kai Lun                                   
    Meheswaran A/L Govind                           
    Fatin Nur Amira Binti Zahalan                 
    Lim Chin Foo                                             

    Kumpulan 4
    Nur Mardiana Binti Sultan Ghani            
    Vijaya Letchumi A/P Nadarajah               
    Neeshanthini A/P Govind                         
    Mohd Firdaus Binti Muhd Redzvan        
    Tivyiswary A/P Chandran                         
    Nur Diana Binti Mohd Ibrahim                 
    Muhd Jannati Bin Alauddin                     
    Siti Sarah Najibah Binti Rosni                 
    Liau Wan Ling                                             
    Neelamegan A/L Palanivel                                   

    Kumpulan 5
    Anvsuya A/P Suddakar                             
    Sathiaselen A/L Ravi                                 
    Lee Jia Ying                                                
    Shallini Dhurrga A/P Nadeson                
    Yuhasri A/P Rames                                 
    Nurul Nor Shafiqah Binti Mohd Shah    
    Amir Hamzah Bin Mohd Razali              
    Vijaya Indra Kumary A/P Nadarajah      
    Nurul Ain Zahidah Binti Azman              

    Masalah / Kekangan yang dihadapi

    1. Panel Suria amat mahal. Quotation telah dapat, tetapi terlalu mahal, tidak dapat 
        dilaksanakan.
    2. Penyemakan kerosakan suis elektrik telah dibuat, mesti tunggu JKR untuk membaiki.

    Tindakan selanjutnya
    1. Pemantauan akan dilakukan sepanjang tahun.
    2. Lampu tiub akan diganti dengan lampu LED oleh pihak pentadbir.
    3. Penyemakan kerosakan kabel dan alat elektrik akan diteruskan dan dilaporkan kepada
        pihak pentadbir.


    PROJEK PENANAMAN MENGGUNAKAN BAJA ORGANIK

    Objektif/matlamat :
    Ø  Penggunaan baja kimia sifar.
    Ø  Membantu mengimbangi ekosistem dengan penggunaan baja mesra alam.
    Ø  Mengurangkan pembaziran bahan organik dengan menghasilkan baja
        kompos bagi tujuan penghijauan sekolah.

    Faedah :
    Ø  Persekitaran sekolah bebas daripada bahan kimia yang datang daripada baja kimia.
    Ø  Sisa daripada kebun dan kantin dapat di manfaatkan sepenuhnya dengan mengitar
        semula.

     Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :

    Bil
    Taman
    Pihak yang terlibat
    1
    Taman Koperasi
    Pn. Ang Lean Sin dan ahli Kelab Koperasi
    2
    Taman PKBP
    Pn. Pua Yoke Fang dan pelajar PKBP
    3
    Taman Alam Sekitar
    Pn. Lily Jan & Cik Sabrina & ahli Kelab Alam Sekitar
    4
    Taman Sains & Taman ABM
    En. Lim Loo Chin dan pelajar
    5
    Taman Surau
    Ustaz Mohd. Nizam dan pelajar
    6
    Taman PJK
    En. Manuneethi dan pelajar
    7
    Taman Pejabat
    Pekebun sekolah
    8
    Taman Buah-buahan
    Pekebun sekolah

     Status kemajuan pelaksanaan projek / pencapaian :-
    v  Penggunaan baja kering yang dihasilkan oleh tukang kebun. Baja kering sebanyak 575kg  
        telah digunakan untuk membajai semua tanaman di persekitaran sekolah sehingga bulan
        Jun 2011.
    v  Penggunaan baja kompos Takakura. Sehingga 1 Julai 2011, 175kg baja telah digunakan
        untuk membajai tanaman di Taman Alam Sekitar.

    Masalah / Kekangan yang dihadapi :
    Tanaman di persekitaran sekolah terlalu banyak manakala proses penghasilan baja kompos pula agak perlahan. Dengan itu, proses pembajaan tanaman hanya dapat dilakukan apabila penghasilan baja kompos telah siap. 

    Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat
    emaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi kompos agar dapat dipercepatkan penghasilannya dan juga memaklumkan tarikh diperlukan baja tersebut  2 minggu lebih awal.

    Perancangaan seterusnya
    Pihak sekolah akan meneruskan projek-projek penghijauan dan penubuhan taman baru dengan menggunakan baja yang dihasilkan sendiri meskipun terdapat kekangan dengan harapan agar dapat mendidik warga sekolah untuk menyumbang kepada kehidupan lestari.



    PROJEK MEMBUAT BAJA KOMPOS

    Objektif/matlamat :
    Ø  Menguruskan sisa daripada taman, kawasan padang serta kantin sekolah dengan
        berkesan.
    Ø  Menghasilkan baja organik yang mesra alam serta kaya dengan nutrien.
    Ø  Mengurangkan kos perbelanjaan penyelenggaraan taman dengan menghasilkan baja
        sendiri.

    Faedah :
    Ø  Mengurangkan sampah di persekitaran dan menyuburkan tanah di taman serta
        persekitaran sekolah.
    Ø  Warga sekolah, khususnya pelajar berpeluang melibatkan diri dalam usaha melestarikan
        sekolah.

    Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :

    Bil
    Jenis Kompos
    Pihak yang terlibat
    1
    Kompos kering
    Pekebun sekolah : En. Elango & En. Hussain
    2
    Kompos Takakura Home Method
    Pn. Lily Jan, Cik Sabrina dan ahli-ahli Kelab Alam Sekitar

    Jadual pengurusan tapak kompos takakura home method :
    Tapak kompos ini diuruskan oleh ahli-ahli Kelab Alam Sekitar

    <><> <><> <><>
    Bil

    Pelajar Bertugas

    Kelas

    Hari
    1
    Nurul Adira Bt. Izhar
    Khairunnisa Bt. Mohd. Alli Jinnah
    5 Sains
    5 KM1
    Isnin
    2
    Mohd. Afiq B. Azlan Kamal
    Mohd. Asri B. Noorkifli
    5 Sains
    5 VK2
    Selasa
    3
    Vijaya Letchumy a/p Nadarajah
    Muhammad Ambia B. Abdullah  
    Vijaya Indra Kumary a/p Nadarajah
    4 Sains
    4 Sains
    3 B

    Jumaat

    Status kemajuan pelaksanaan projek / pencapaian :-
    v  Penghasilan baja kering oleh tukang kebun. Baja kering sebanyak 575kg telah dapat
        dihasilkan mulai bulan Ogos 2010 sehingga April 2011. Graf berikut menunjukkan
        penghasilan kompos sepanjang tempoh tersebut :


    v  Penghasilan baja kompos Takakura. Baja kompos jenis ’Takakura home method’ telah 
        dapat dihasilkan sebanyak 175kg sehingga 1 Julai 2011. Graf berikut menunjukkan
        penghasilan kompos sepanjang tempoh tersebut :



    Masalah / Kekangan yang dihadapi
    Proses pengkomposan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan baja yang bermutu. Di samping itu, pelajar pula terlibat dengan pelbagai aktiviti di sekolah serta persediaan menghadapi peperiksaan.

    Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat
    Taklimat di beri kepada pekebun sekolah untuk penghasilan kompos yang berkesan di samping membekalkan tanih sebagai agen pengurai dan beg plastik untuk menyimpan baja. Bagi kompos Takakura pula disediakan jadual tugas bagi pelajar supaya pemantauan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

    Perancangaan seterusnya
    Projek pengkomposan akan terus dijalankan kerana ia dilihat sebagai suatu tanggungjawab kepada warga sekolah khususnya, serta masyarakat amnya, bagi menjamin kehidupan lestari. Ahli-ahli Kelab Alam Sekitar dari tingkatan 5 yang mahir dalam penghasilan kompos takakura akan membimbing ahli tingkatan 4 dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berbudaya celik alam sekitar.

    Bantuan agensi luar
    Pihak sekolah mendapat khidmat nasihat bagi penghasilan kompos takakura daripada PPSPPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam). Pegawai-pegawai bertugas dari badan ini membuat lawatan dan memberi tunjuk ajar secara berkala dari masa ke semasa.




    PROGRAM SATU PELAJAR 1 POKOK

    Projek ini masih dalam peringkat perancangan dan akan dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Puasa diintegrasi bersama Gotong-Royong Perdana.

    PENUBUHAN STESEN PEMBELAJARAN

    Objektif / matlamat :
    Ø  Menjana pemikiran kreatif dan kritis pelajar mengenai penjagaan dan pemeliharaan alam
        sekitar melalui projek-projek penghijauan di sekolah.
    Ø  Memupuk nilai-nilai murni, sikap positif serta membina disiplin diri di kalangan pelajar agar
        menjaga kesejahteraan alam sekitar.                                    
    Ø  Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya usaha pemeliharaan dan
        pemuliharaan  alam demi kehidupan manusia sejagat.    
    Ø  Memberi kesedaran bahawa setiap insan harus main peranan dalam menjaga bumi kita.

    Faedah :
    Ø  Melahirkan pelajar yang berbudaya celik alam sekitar.
    Ø   Melatih pelajar supaya prihatin tentang isu-isu alam sekitar yang kian meruncing.

    Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :
    Barisan pengurusan dan guru-guru

    Status kemajuan pelaksanaan projek / pencapaian :-
    v  Pelajar berpeluang mendapat pendidikan melalui projek-projek yang dijalankan di sekolah;
        antaranya ialah :
    v  Taman-taman sekolah – pelajar dapat mengenal pasti nama-nama saintifik tumbuhan di
        sekitar sekolah serta kegunaannya.
    v  Tapak kompos – pelajar berpeluang mempelajari cara penghasilan baja kompos dari sisa
        dapur atau sisa organik.
    v  Projek fertigasi cili – pelajar berpeluang mempelajari cara penanaman yang dapat
        memberi pulangan melalui penanaman cara fertigasi.
    v  Tapak sel suria – pelajar dapat mempelajari kelebihan penggunaan tenaga yang boleh
        diperbaharui. 

    Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat
    Usaha ini merupakan suatu usaha yang berterusan supaya pelajar peka tentang usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan di peringkat sekolah, komuniti dan negara.

    Perancangaan seterusnya
    Semua projek akan diselenggara dan ditambah-baik dari masa ke semasa.


    PENYELENGGARAAN KAWASAN PADANG

    Objektif / matlamat :
    Ø  Memastikan agar keadaan padang sentiasa terjaga dan diselenggara dengan baik.

    Faedah :
    Ø  Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk bersukan dan aktiviti kokurikulum.

    Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek :
    Kawasan padang diselenggara oleh syarikat Mercy Ocean Enterprise. Pokok-pokok di kawasan padang pula dijaga oleh pekebun sekolah.

    Status kemajuan pelaksanaan projek / pencapaian :-
    v  Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan 2 kali sebulan atau bila dirasakan perlu. Rumput
        yang telah dipotong dibawa ke tapak kompos untuk dijadikan baja kompos.

    Perancangaan seterusnya
    v  Kerja penyelenggaraan dan pengkomposan rumput kering akan terus dilaksanakan
        sebagai sebahagian usaha untuk melestarikan SMK Jelutong.

    PROJEK BUMI HIJAU

    Objektif/matlamat :
    1     Menjalankan aktiviti penghijauan di tanah terbiar di kawasan sekolah.
    2     Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan melestarikan alam
         warisan.

    Faedah :
    1     Membolehkan warga sekolah menikmati sayur-sayuran daripada hasil usaha mereka
         sendiri.

    Pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek
    Unit PKBP dan pekebun sekolah

    PROJEK PENGURUSAN BAHAN HABIS GUNA

    Pengenalan projek :
    Pengurusan bahan habis guna menyentuh mengenai pengurangan penggunaan kertas di pejabat. Pengurangan ini meliputi empat bahagian iaitu fotostat di kedua – dua muka surat, kertas yang tersalah cetak atau rosak hendaklah dikitar semula, rekod penggunaan kertas disediakan di pejabat dan maklumat ditaip pada kertas menggunakan font kecil untuk memaksimakan penggunaan kertas.

    Matlamat projek : 
    i.   Mewujudkan sifat berjimat cermat dan berhemah di kalangan guru dan pekerja di SMK
         Jelutong.
    ii.  Mewujudkan kesedaran di kalangan guru dan pekerja tentang pentingnya menguruskan
         bahan habis guna terutamanya penggunaan kertas di pejabat.
    iii.   Menambah ilmu  tentang kepentingan alam sekitar   kepada guru dan pekerja berkaitan
         pengurusan bahan habis guna.

    Faedah :               
    Fotostat di kedua – dua muka surat, kertas yang tersalah cetak atau rosak hendaklah dikitar semula, rekod penggunaan kertas disediakan di pejabat dan maklumat di taip pada kertas menggunakan font kecil untuk memaksimakan penggunaan kertas merupakan langkah penjimatan dan juga mampu untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan.

    Tarikh pelaksana :           Sepanjang tahun

    Perbelanjaan        :          Tiada