VISI, MISI, SLOGAN DAN LOGO

VISI SEKOLAH LESTARI SMK JELUTONG

SMK Jelutong Menjadi Sekolah Lestari Menjelang 2012


MISI SEKOLAH LESTARI SMK JELUTONG

1. Mewujudkan kesedaran dan komitmen terhadap kepentingan alam sekitar
    lestari.
2. Menyediakan persekitaran sekolah yang sihat untuk warga sekolah.
3. Membudayakan aktiviti lestari  peringkat sekolah dan komuniti.
4. Mendidik warga sekolah menggunakan sumber alam dengan efisien.
5. Mencapai kejayaan dalam semua program berhubung alam sekitar.


SLOGAN SEKOLAH LESTARI SMK JELUTONG

“Cintakan Alam, Sayangi Masa Depan”.

Slogan ini menyeru semua warga sekolah untuk memberikan komitmen mereka untuk memupuk alam sekitar yang lestari melalui nilai cintakan alam sekitar untuk menjamin masa depan yang sihat dan sejahtera


LOGO SEKOLAH LESTARI SMK JELUTONG



CIRI-CIRI LOGO


1. Pernyataan Visi

Visi Sekolah Lestari SMK Jelutong adalah “SMK Jelutong Menjadi Sekolah Lestari Menjelang 2012”. Visi ini selaras dengan visi sekolah iaitu menjadi sekolah unggul menjelang 2012.

2. Daun

Menunjukkan konsep kesedaran mengekalkan alam persekitaran yang sihat dan hijau untuk keperluan generasi masa depan.

3. Lingkaran

Lingkaran berwarna hijau melambangkan pendekatan bersepadu (holistik) yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan SMK Jelutong mencapai visi. Pendekatan yang akan digunakan merangkumi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan sekolah.

4. Logo Sekolah

Logo sekolah melambangkan semangat dan iltizam sekolah dalam melaksanakan program sekolah lestari.

5. Sepal

Sepal melambangkan kerjasama, sokongan dan dokongan berbagai lapisan masyarakat seperti badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan ibubapa dalam menjayakan progran sekolah lestari.

6. Tangan

Tangan melambangkan sokongan dan kerjasama antara semua warga sekolah dalam mendokong program sekolah lestari dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah lestari.