PROJEK RAKAN ALAM SEKITAR


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) di akhir Rancangan Malaysia Ke 9 telah memperkenalkan program kesedaran alam sekitar yang baru iaitu Program Rakan Alam Sekitar (RAS) sebagai satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Program Sekolah Lestari dilaksanakan sebagai program 'flagship' dalam melaksanakan Program RAS di peringkat sekolah mulai tahun 2011 di bawah Rancangan Malaysia ke 10. Sehubungan itu, pihak sekolah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM5000.00 di bawah Program Rakan Alam Sekitar untuk melaksanakan projek Lestari di sekolah. Pihak sekolah telah menggunakan peruntukan tersebut untuk melaksanakan dua projek Lestari iaitu Pengumpulan Air Hujan dan Pelupusan Sisa Kimia Makmal.


1. PROJEK PENGUMPULAN AIR HUJAN

Objektif projek ini:
i)   Kitar Semula Air Hujan
ii)  Mengurangkan semula air paip
iii) Mendidik warga sekolah tentang kaedah dan kepentingan penjimatan air.

Keterangan projek :
a)     Pemasangan sebuah gutter setinggi 71 kaki ditepi bumbung bok pentadbiran untuk 
        mengumpul air hujan
b)     Air hujan tersebut akan disalurkan melalui sebatang paip UPVC setebal 6 inci terus
        kedalam sebuah tangki simpanan air sebesar 384 kaki padu(10.87) meter padu dengan 
        kos RM2840. Memasang PVC plumbing pipe dan 4 pii air ke semua kebun di belakang
        bengkel kemahiran hidup dengan kos RM390.
c)    Tangki ini telah digunakan sebagai tangki simpanan air untuk paip bomba tetapi tidak
       berfungsi lagi di sebabkan pam telah rosak

Faedah Projek:
a)     Air yang dikumpulkan dalam tangki ini akan digunakan untuk penyiraman pokok-pokok
        dalam taman-taman sekitar kawasan sekolah
b)     Air tersebut juga akan digunakan untuk membersihkan longkang-longkang yang kotor 
        dan berlumut.
c)     Kaedah ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan penggunaan air dan secara
        langsung dapat membantu mengurangkan bil air sekolah.

INFORMASI TENTANG PENJIMATAN AIR DAN ELEKTRIK DI SEKOLAH
v    Tutup  tap air selepas menggunakannya.
v    Sekiranya  berlaku  kebocoran paip air, laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.
v    Siram air dengan menggunakan bekas penyiram air, siram pada bahagian akar pokok
       bukannya daun.
v    Tutup air semasa menyapu sabun pada tangan, buka air untuk membilas tangan.
v    Pendekkan masa mandi.
v    Jangan `flush’  sampah ke dalam tandas. Buang sampah atau tuala wanita ke dalam
       tong sampah.
v    Tutup air semasa menggosok gigi,  guna air apabila hendak membasuh mulut.
v    Padamkan lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.
v    Kurangkan penggunaan kipas pada awal pagi.
v    Tutup suis komputer selepas menggunakannya.
Padamkan kipas apabila cuaca sejuk atau hujan lebat
Jadual  Pemeriksaan  Berkala   Di  SMK Jelutong  Untuk  Program  Penjimatan  Penggunaan  Air


  Mingggu
Blok A & Makmal Sains
Kantin
Blok C
Blok E & Astaka
Blok F
Minggu 1
Kumpulan 2
Kumpulan 1
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 3
Minggu 2
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 5
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Minggu 3
Kumpulan 4
Kumpulan 3
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 5
Minggu 4
Kumpulan 5
Kumpulan 4
Kumpulan 3
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Minggu 5
Kumpulan 3
Kumpulan 5
Kumpulan 2
Kumpulan 4
Kumpulan 1


 



2. PROJEK PELUPUSAN SISA KIMIA MAKMAL
Matlamat Projek
Membina sebuah tangki konkrit bawah tanah di depan makmal untuk pelupusan sisa makmal
Objektif Projek
i   melupuskan sisa kimia/biologi makmal sekolah secara selamat melalui peraturan yang
    ditetapkan.
ii  mendidik warga sekolah terutamanya guru dan pembantu makmal tentang kepentingan
    pelupusan sisa makmal terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Keterangan Projek
i.    Pembinaan dua buah tangki konkrit bawah tanah di hadapan Makmal Biologi dan Makmal
     Sains 1.
ii.   Tangki tersebut akan digunakan sebagai tangki satelit pengumpulan semua sisa kimia 
     makmal yang tidak meruap khususnya daripada bilik persediaan Makmal Kimia dan
     Makmal Sains.
iii. Selepas mencapai had simpanan, semua sisa akan disimenkan dan ditanam di dalam 
     tanah.
Proses
i.     Lubang dengan kedalaman 3 kaki dan luas 4 kaki persegi dikorek untuk tujuan   
      pembinaan tangki.
ii.    Lubang tersebut kemudian disimenkan.
iii.   Arang, batu kelikir dan pasir dimasukkan secara berselang seli dengan nisbah bagi batu
      kelikir, pasir dan arang ialah 3:2:1. Lapisan pasir akan berada di lapisan yang paling atas.
      Tujuannya adalah untuk menapis dan memperlahankan penyerapan bahan kimia ke
      bahagian bawah tangki.
iv.  Seterusnya saluran limpahan dibina menghubungkan tangki konkrit dan saluran
      perparitan supaya bahan kimia dan lapisan pasir tidak melimpah keluar jika hari hujan.
v.   Selepas 1 atau 2 tahun, tangki ini akan dikorek dan sisa kimia akan disimenkan dan
      ditanam di dalam tanah.
Faedah Projek
i.    Projek ini dapat membantu pihak sekolah menguruskan sisa makmal secara teratur dan
     mengikut peraturan pelupusan yang disediakan oleh Jabatan Kimia
ii.   Pihak sekolah juga dapat mengenalpasti semua bahan kimia yang telah luput dan
     melaksanakan pelupusan bahan-bahan kimia tersebut.
Tempoh PelaksanaanProjek ini dilaksanakan secara kekal dan berterusan